Sunday, July 01, 2012

I have my spirit back.

Assalamualaikum,


I'm so speechless. turunnya aku dari bas, dari jauh lagi aku nampak pintu gerbang MRSM Lenggong. hati aku dah menjerit, apatah lagi mulut aku. aku jerit seronok. sangatlah seronok. aku berjalan ke pagar maktab. takkan ada siapa pun yang boleh rasa perasaan tu kecuali siapa yang dah keluar dari situ lah. aku pasti kalau siapa yang rasa tu, mesti perasaannya berbeza. kenapa ? sebab, setiap orang ada kenangan masing-masing. aku ada kenangan aku tersendiri dekat Lenggong. kenangan yang sangat indah bersama kawan-kawan aku. bersama 9th Batch yang aku sayang sangat.

I met them all. I met Dhania. I met Afiq. I met Coen. I met my girls and my boys. I really miss them. totally miss them. aku cuba cakap dekat diri aku, jangan menangis, jangan menangis. mula-mula, aku jumpa Nurin dan Hani, aku tak menangis lagi. bila naik atas, aku jumpa muka-muka baru yang tak pernah aku nampak. sampai kelas Beta, Hani suruh aku tunggu dekat luar. dia pergi panggil Dhania. bila nampak saja Dhania, hati aku tak boleh tahan lagi, air mata aku tiba-tiba jatuh. Ya Tuhan, sudah berapa bulan aku tidak melihat wajah ini.aku sangat merindui dia. aku bersyukur sebab aku masih ada kesempatan untuk jumpa dia.

dengan mata yang merah, aku pergi PSP. Dhania kata Afiq ada dekat PSP. Coen pun. masuk saja pintu PSP. air mata aku mengalir lagi. aku jumpa Afiq. sebak sangat hati aku tengok dia. sedih sangat. aku bersyukur dapat jumpa dia dan dia pun terkejut sebab nampak aku. dia pun tak terkata apa-apa. aku gembiraaaa sangat dapat berjumpa dengan dia. Afiq ajak aku masuk PSP, katanya ada coen dekat dalam. haha, Coen dah berubah. rambut dah makin panjang. dia nampak matang. hahak.

malam tu, aku sempat bersembang dengan Afiq, Taufik, Coen, Faris, Rini, Afrina, semua lahh ! terasa sangat keseronokkan tu. Ya Tuhan, aku sangat sangat bersyukur. Terima kasih Ya Allah.


No comments: