Saturday, December 31, 2011

2012, I just want this

Assalamualaikum,









i love Baking Life forever !

Assalamualaikum,


as you guys know, facebook banyak game yang best, kan ? but semua game aku tak minat except for Baking Life. Baking Life memang game yang paling best pernah aku jumpa. like seriously, aku sangat sayang game tu. haritu, aku ingat nak delete facebook. sebab rasa rimas nak mampus. dengan kat home banyak gambar lucah lah bagai. dengan member yang tak mau layan aku. hihi. tapi disebabkan aku ingat dekat Baking Life je so aku tak nak delete facebook aku. hihi.



baking life dah nak tutup 31 Januari 2012 nanti. sedih, serious. sedih sangat. okay, ni kedai aku yang besar lagi cantik. hihi.





dah tengok ? hihi, aku dah sampai level 80. 80 tau. ingat senang ke nak sampai level 80. and and, tengok lah duit aku. haha, hasil titik peluh aku selama ni. aku dah ada 15 juta weh. 15 juta. 15 jutaaaa. kalau lah betul-betul, ohh aku sangat beruntung tauuu. hihi. aku akan merindui baking life nanti. maybe lah aku akan delete facebook kot lepas baking life tutup. hmm :DD okay, byee !

packing dah :)

Assalamualaikum,

okay, aku just try nak pakai tudung baru. hihi ^^


hihi, nak tahu ? aku dah packing semua barang asrama :DD haha, bukan nya bersemangat nak tinggalkan rumah ni, tapi aku teramat merindui kehidupan berasrama. seriously, yes. ahha, rindu sangat nak hidup berdikari.

Thursday, December 29, 2011

2012, I swear I'll be great

Assalamualaikum,



seperti apa yang semua orang tahu. lagi beberapa hari sahaja nak masuk tahun 2012. azam aku banyak. mungkin tak perlu cerita. tetapi cuma satu yang aku ingin ceritakan. 

aku ingin menjadikan diri aku seorang muslimah yang sejati. setelah segala-galanya yang aku lalui pada tahun ini, aku menyedari bahawa tahun ini merupakan tahun yang sangat membawa aku ke lembah kehinaan. mungkin, melalui bahasa aku, korang telah faham betapa teruknya diri aku. Ya Allah, kini aku menyedari segala-galanya. terima kasih atas petunjukmu itu.

mungkin aku tidak akan melakukan perubahan yang mendadak melalui pemakaian aku. tetapi, aku begitu berazam untuk menyucikan hati aku. mungkin aku memerlukan bantuan rakan-rakan. aku harap mereka sanggup membantu aku.

kawan kawan yang baca, aku nak ambil kesempatan ni untuk minta maaf dengan korang. ye, aku mengaku aku dah banyak tipu korang, aku dah selalu sakitkan hati korang. aku minta maaf tau. dengar lah, aku minta maaf ni. aku serius tau tentang semua ni. kawan kawan yang baca ni, tolong janji dengan aku korang akan tegur aku, kalau aku buat benda jahat tau. janji lah. takkan korang nak biar aku masuk neraka sorang-sorang kot ? 

Bujang Terlajak

Assalamualaikum,


movie ni akan ditayangkan pada 19 Januari 2011. ala, aku tak dapat tengok lah kalau macam tu. wuuu~ sedih betul. aku tertarik gila dengan movie ni sebab barisan pelakon dia ialah Saiful Apek, Nabil dengan Johan. semua raja berlawak kan ? hihi. ni part yang best lah.






" eh, tiba-tiba nampak dah "
" eh, dah boleh nampak bagus lah " 
" eh eh, dah boleh cakap baguslah " 
" eh eh, dah dengar " 

"  maafkan kami, tak bisu lagi"
" maafkan kami, tak buta lagi " 
" maafkan kami, tak pekak lagi "
"  I said sorry "
" maafkan kami "

Wednesday, December 28, 2011

# 6 just wanted to share

Assalamualaikum,





wordless wednesday # 2

Assalamualaikum,



Tuesday, December 27, 2011

sayang abang :DD

Assalamualaikum,


actually, he's not my brother pun. tapi, bagi aku dia baik sangat. sangat-sangat. hihi, aku rapat dengan dia dari dulu lagi. masa aku duduk relau lagi ehh. hihi, dulu kami selalu main dekat taman permainan. ada aku, kak fie, kak kila, abang daoh, abang danny ramai lagi lah. hihi, memang wajib lah tiap petang main. hihi.

then haritu lepas dapat result, aku bagitahu dia. but tak bagitahu aku dapat berapa and this is our conversations. 




hihi, firstly sorry aku crop benda alah ni macam jelake, senget bagai. hihi. aku tak sabar-sabar mau dapat hadiahnya. hihi, actually, aku tak mau pun hadiah, saja saja ja kata macam tu kat abang. but if abang nak bagi, apa salahnya kan ? hihi.

MRSM Lenggong.

Assalamualaikum,



Senarai Ranking 30 SBP dan MRSM 
  1. SMS HULU SELANGOR (1.0048)
  2. SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.0139)
  3. SMS TELUK INTAN (1.0191)
  4. KOLEJ TUNKU KURSIAH (1.0196)
  5. SMS KUALA SELANGOR (1.02)
  6. SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK (1.0203)
  7. MRSM GEMENCHEH (1. 0204 )
  8. MRSM PASIR TUMBOH (1.0210)
  9. SM SAINS JOHOR (1.0233).
  10. MRSM KKB (1.02388)
  11. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.0241)
  12. MRSM TUN ABDUL RAZAK (1.02489)
  13. SEKOLAH TUN FATIMAH (1.0252)
  14. SMS SELANGOR (1.0263)
  15. THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (1.0264)
  16. SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.0273)
  17. SM SAINS POKOK SENA 1.0279
  18. MRSM PASIR SALAK (1.0313)
  19. SM SULTAN ABDUL HALIM (1.0325)
  20. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA (1.0327 )
  21. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (1.0331)
  22. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.0334)
  23. SM SAINS SULTAN MAHMUD (1.0336)
  24. MRSM LENGGONG (1.0341)
  25. SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.0373)
  26. MRSM TERENDAK (1.0380)
  27. MRSM GERIK (1.0385)
  28. MRSM SERTING (1.0408)
  29. SM SAINS MACHANG (1.0411)
  30. SM SAINS MIRI (1.0439)
Senarai Maktab Rendah Sains Mara Terbaik PMR 12 mengikut GPS
Pencapaian GPS PMR 2011 mengikut MRSM
  1. Gemencheh 1.0204
  2. Pasir Tumboh 1.0210
  3. KKB 1.0238
  4. Tun Abdul Razak 1.0248
  5. Pasir Salak 1.0313
  6. Lenggong 1.0341
  7. Terendak 1.00380
  8. Gerik 1.0385
  9. Serting 1.0408
  10. K.Klawang
  11. K.Terengganu
  12. Muadzam
  13. Beseri
  14. Traskrian
  15. Kubang Pasu
  16. Batu Pahat
  17. Balik Pulau
  18. Langkawi
  19. Pendang
  20. PDRM
  21. Pontian
  22. Mersing
  23. Kepala Batas
  24. K.Kinabalu
  25. Kuantan
  26. Kuala Berang
  27. Felda
  28. Pengkalan HUlu
  29. Alor Gajah
  30. Kuala Lipis
  31. Kuala Kerai
  32. Merbok
  33. Kuching
  34. Kota Putra
  35. Besut
  36. Jeli
but, like what they say. ranking tu hanya sekadar number. tak payah nak fikir sangat. kalau duduk ranking bawah sekali pun tak pa asalkan ramai orang dapat great result kan ? hihi, aku tak reti nak cerita macam mana ustaz hazmi cerita.

wahai kawan !

Assalamualaikum,



" I hate to turn up out of the blue uninvited " 
" But I couldn't stay away, I couldn't fight it "
" I'd hoped you'd see my face & than you would be reminded "
" That for me, it isn't over"
" Never mind I'll find someone like you "
" I wish nothing but the best, for you too"
" Don't forget me, I beg "

aku tak tahu ?

Assalamualaikum,


aku tak tahu siapa yang salah, 
aku tak tahu siapa yang patut minta maaf,
aku tak tahu siapa yang patut berdiam diri,
aku tak tahu siapa yang kena merajuk,
aku tak tahu apa yang patut aku buat sekarang.


# 100

Assalamualaikum,


title #100. hihi, actually this is the 100 post from me. ahha, banyak bagi aku tapi sikit dimata korang kan ? sebab korang dah buat beriban entry dah, aku baru 100. hihi, for this lucky post, aku nak tulis satu lirik lagu ni, yang akan menjadi azam aku untuk tahun hadapan that is 2012. Ya Allah, rasanya baru je 9th batch buat program MIGTY, ni dah nak habis tahun dah. I miss you guys a lot. tahun depan tak tahu lah MRSM mana nak terima aku. hihi. 


this is the lyrics and aku harap aku takkan sambung perangai aku ni tahun depan. ya, lagu ni menunjukkan semua perangai aku. maybe bukan semua lah. aku berazam untuk tak nak jadi macam ni lagi. InsyAllah.

Manusia lupa asal-usulnya,
dia tersangka dia lah segalanya,
yang pelupa itulah namanya, 
dan yang  terleka itulah manusia.

Manusia lupa manusia alpa,
manusia bersahaja manusia leka,
manusia berlari mengejar mimpi,
apa yang dicarinya ternyata ilusi.

Manusia rungsing bila ia prasangka,
semua sekeliling menjadi musuhnya,
manusia fikir mencipta sengketa,
moga ia beruntung darinya,

Bila berjaya terdetik rasa bangga,
dilubuk hatinya pula ia bicara,
bermegah-megah dalam diam berkata,
lupa seketika pada penciptanya.

Ramai manusia inginkan kebendaan,
biar pun caranya cara kekerasan,
akhirnya ia tak tentu haluan ,
bila ada saja yang hasad memandang,

Zahirnya tenang batin haru biru,
itu nasibnya manusia yang menipu,
biarkan saja ku bersyukur selalu,
dan biarkan luncai terjun sama labu.

Monday, December 26, 2011

sudah-sudah lah copy barang aku.

Assalamualaikum,




Ya Allah Ya Tuhanku, ini memang kali terakhir aku akan sabar dengan kau. kali terakhir ? ya lah, masuk kali ni dah beriban kali dah kau copy barang-barang aku. sakit hati tau wehh. kau cakap kau benci copycat bagai tu, lepas tu kenapa kau copy barang aku. tolonglah faham. aku dah tak tahan dengan perangai kau. kau memang dah banyak tolong aku. tapi, kau tak boleh lah buat aku macam ni. kau kata kita kawan sampai akhirat ? mana boleh kau buat benda yang aku tak suka. ishh, aku boleh menangis lah kalau kau buat lagi. haritu, kau dah minta maaf sebab curi ayat aku. lepas tu buat lagi. kali ni memang paling aku rasa haremmmm nak mampuihhh lah. seriously, aku rasa nak pancung kau. okay lah, aku nak tunjuk satu je ni.


okay, ni info aku dekat facebook.



ni info budak bertuah tu. weh korang, kau tak nampak ke semua sama wehh, sial nak mampuss lah. okay, maybe lah dia buat sendiri or dia tiru orang lain ke, sebab bukan aku dengan dia je yang ada facebook kan. huh, but if ye kau tiru aku, kau memang fuuu.



Alhamdulillah ada kawan kawan aku. depa tolong aku sat tadi. kalau tak memang aku dah block kau terus. 








okay, esok aku akan cakap dengan kau. aku akan terus terang dengan kau. aku harap kita takkan jadi musuh ketat lepas ni. Ya Allah, lindungilah aku.

# 5 just wanted to share

Assalamualikum,





Sunday, December 25, 2011

my ambition

Assalamualaikum,

cita-cita kita mesti berubah kan dari tahun ke tahun. hihi, aku nak kongsi sikit lah cita-cita aku dari kecil sampai besar. hihi :D


4 tahun, pertama kali belajar

bila cikgu tanya nak jadi apa, aku lah akan jadi orang kedua terakhir jawab. orang terakhir mesti Danial sebab dia tak faham soalan cikgu. hihi, aku akan cakap yang aku nak jadi manusia yang berguna kepada negara. hihi, betul lah kan apa aku jawab. cikgu yang salah tanya. haha.

6 tahun, penghabisan tadika

" tuliskan cita cita kamu di dalam kertas dan hantar pada cikgu. " lima minit masa yang di beri. aku akan fikir sampai lah saat saat akhir bila cikgu nak minta baru aku tulis. umur 6 tahun cita cita aku nak jadi bomba. sebab tadika aku dulu berdepan dengan bomba. bila habis sekolah je mesti nampak abang abang handsome keluar. hew hew ^^

darjah 1, permulaan pembelajaran

masa ni, aku matured sikit je lah. haa, bila kawan-kawan tanya " hang nak jadi apa bila besaq nanti ? " aku akan senyap dan terus jawab. aku nak jadi doktor, boleh selamatkan semua orang. kalau mak aku sakit boleh datang klinik aku then dapat ubat free. ahha.

darjah 3, masa ni start jadi pengawas

lebih matured berbanding tahun tahun sebelum ni. kalau nak wakil apa-apa ja, kena isi borang mesti ada suruh tulis cita-cita kan ? hihi, masa tu aku akan tulis business woman. hihi, sebab ayah aku kan business man. so, bila aku pergi office je mesti aku tengok abah buatkerja. bagi aku macam senang je. so nak jadi macam abah.

darjah 6, matured habis

cita-cita aku sekarang accountant. nak tahu apa alasan dia. hihi, sebab bila along beli diari mesti dia akan tulis cita-cita dia apa. cita-cita dia ialah accountant. hihi, so aku pun nak jadi accountant. tapi, untuk pengetahuan anda semua, sampai sekarang aku tak tahu pekerjaan accountant tu macam mana. sengal kan aku.

form 1, hidup di Lenggong

masa ni zaman dah cukup moden dah buat aku. cita cita aku sekarang ialah photographer. aku memang ingin meneruskan cita cita ni sampai akhir hayat sebab aku boleh tahan hebat juga lah bab bab ni. hihi. tapi, bila aku fikir balik, takkan lah budak MARA nak keluar dari mrsm jadi photographer kot ? maksud aku kat sini bukanlah jadi photographer tu tak payah ada pendidikan but tidakkah ada pekerjaan lain yang sesuai.

form 3, lulus PMR

setelah di kemaskini semua folder dalam otak aku ni, aku dah dapat cari satu pekerjaan yang mampu memberi aku kejayaan. hihi, apa aku merepek. kui kui kui. okay, aku dah tekad nak jadi CIKGU. bagi aku menjadi seorang guru merupakan sesuatu pekerjaan yang paling mulia. lagipun, kalau aku keluar dari mrsm aku boleh terus masuk maktab perguruan. then keluar tu boleh terus jadi cikgu. cikgu sekolah rendah pun jadi lah kan. asalkan aku dapat rezeki yang halal. hihi.

sekian sajalah cerita aku harini. untuk pengetahuan anda semua, aku memang seorang yang tidak mempunyai pendirian yang tetap. ahha, sokay, korang bukan kisah pun kan. apa ? korang kisah ?  baiknya hati. okay lah terima kasih sayang sayang ku semua.

Saturday, December 24, 2011

berhenti lah !

Assalamualaikum,


memang aku tengah marah sekarang. kenapa ? sebab mamat gila tu lah. you know what, masa dulu jadi boyfriend aku tak nak pula dia bagitahu aku dia kat mana lah, makan apa lah, pakai baju warna apa segala bagai. sekarang ni dah aku kata aku tak suka dia, dia tak mau dengar pulak. lepas tu asyik text aku bagitahu aku dia kat mana, dah sampai hotel lah, itu lah ini lah. ada kau kesah ke kat kau ? ishh, aku tak tau nak buat macam mana. seriously aku tak suka dia. someone, please tolong aku.

hoi lelaki, kau tak payah asyik nak text aku. aku geli dengan kau. please lah and one more thing aku tak pernah nak risau kat kau lah. tak payah nak perasan sangat. 

AKU TAK SUKA KAU !

Thursday, December 22, 2011

tinggal kenangan :')

Assalamualaikum, 


okay, aku walling dengan Iefa tadi. hihi, first-first tanya pasal result dulu lah. sembang punya sembang. then iefa cakap tadi Cikgu Sharifah tanya pasal result gang aku. hihi, aku ada gang ke ? ye lah. tak percaya ke. kikikih :D


then, aku pulak pergi mulakan cerita iaitu, 


" Iefa ingat tak lagi masa kita sekolah rendah dulu ? best kan ? "
" ye, memang lah best " 

hihi, then aku pun cakap lah pasal dulu dulu and these are the fact :



  1. dulu, aku dengan Iefa pernah menyertai tarian joget. kalau ada event apa-apa kat sekolah and ada kena mengena dengan tarian joget or tarian melayu, nama aku dengan Iefa mesti naik dulu.

  2. next, aku, Iefa dengan Ana dulu pengawas sekolah. kalau nak jadi MC je, mesti semua pengawas lain tutup muka. aku je yang berani. hew hew ^^ sebab dulu aku jenis tak kesah langsung.

  3. then kalau dah jadi pengawas mesti lah kena pakai baju kemeja kan. kami 3 orang lah yang paling malas sekali nak pakai baju kemeja tu. sebab baju kemeja macam membuka aurat je. hee.

  4. tahu tahu lah, dulu aku, Iefa dan Mieza puteri Islam. so, tiap hari khamis mesti kena pakai baju nurse tu. serious, tak suka gila. memang tak suka sangat. sebab baju tu buruk tak cantik.

  5. Ana. dulu Yusri selalu ejek dia. sebab dia ni jenis orang manja sikit lah. tahu tak yusri panggil dia apa ? hee, ikan termenung. aku dah lupa tapi iefa ingatkan tadi. hihi.

  6. kalau dulu, tiap khamis mesti ada kokurikulum kan ? rindu lah. so, gang aku mesti malas nak balik rumah sebab tak sempat rehat. so kami akan stayback kat surau. then tiap minggu ada lah antara parents yang akan datang bawak makanan. hihi.

  7. kalau masa rehat, mesti pergi beli air Milo Ais dalam canteen. kalau tak silap aku air tu 80 sen je kot. entah lah. tapi dulu Raffjan selalu belanja aku. hihi :')

  8. gang aku dulu memang gang yang top lah. hihi, dulu selalu mengejek cikgu. Ya Allah. berdosanya kami. tapi kami sayang cikgu. Cikgu Muzafar, Cikgu Marini and Cikgu Yassir. hihi, maaf cikgu.

  9. kami selalu main dekat belakang sekolah and cakap ada m_y_t kat situ. wuuuu~ nak tulis pun aku rasa seram. tapi aku tak tahu betul ke tak benda tu ada.

  10. dulu, kami sangat suka beli kerak ayam. tahu tak kerak tu apa ? ala, macam goreng pisang kan ada serbuk serbuk tu. haa, tahu dah kan. haa. sangat sedap. 1 plastik 30 sen.

  11. dulu aku pernah gigit tangan yusri. sebab apa ? sebab masa aku nak pergi depan dekat cikgu nak ambil buku rasanya dia tarik tangan aku. then aku suruh dia lepas dia tak mau aku gigit tangan dia. 

  12. dalam kelas bm cikgu Kamarulzaman memang paling lawak lah. sebab cikgu memang bersahaja. kalau dia masuk kelas dia tak bawa apa apa. then dia akan bagi tajuk karangan based on apa yang terlintas kat fikiran dia. kalau dia terlupa dia tukar tajuk lain. haihh.

  13. Yang terakhir lah, sebab malas nak tulis lah. kepala aku meragam. hee, dulu budak laki selalu ejek aku GIANT. ya , I admit it. dulu memang aku gemuk. sekarang pun gemuk tapi dulu lagi gemuk. hihi. tapi kawan aku tak kesah sebab hampa buat aku rasa nak kurus. 

okay, mungkin kalau aku terasa nak tambah lagi InsyAllah lah tau. hihi, kbaiii~


result PMR ?

Assalamualaikum,



yee, pagi tadi pergi ambil result aku. heee, aku gembira. aku sedih and of course aku bersyukur sangat.

KAWAN KAWAN, aku berterima kasih sebab selama ni mengajar aku sampai aku boleh dapat result macam ni. terima kasih sangat sangat :D

10 hours to go.

Assalamualaikum,


dah tak payah susah-susah nak cakap esok ambil result dah. sebab sekarang orang akan cakap kejap lagi aku akan ambil result. choyy. aku takut gila. tapi perut aku rasa kecut gila. tangan menggeletar tak tentu hala. bukan kena santau okay. kui kui kui :'3 hee, okay. apa pun yang aku dapat aku redha. 

tadi AnwarHadi cakap kat aku walau apa pun yang kita dapat. perkataan pertama ialah Alhamdulillah. tak kira result teruk mana pun. so, aku tak sabar-sabar nak cakap Alhamdulillah. actually, aku nak sangat masa ni berlalu pantas. bukan sebab apa, aku nak hilangkan perasaan cemas aku ni. hee. okay lah. apa-apa pun. aku akan ambil result 10jam lagi :') just wait and see.

Wednesday, December 21, 2011

Facebook ?

Assalamualaikum,
Facebook bukan lagi perkara asing dalam kehidupan manusia hari ini. Ia seolah-olah buku pengenalan diri yang perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Siapa yang tiada Facebook itulah yang pelik. Suatu ketika dulu ramai yang anti dengan Facebook kerana menganggap ia merupakan satu agenda Yahudi untuk menyesatkan manusia. Bagaimanapun kini hal itu tidak lagi dijadikan isu. Ia mula digunakan oleh sesiapa sahaja termasuk ulama-ulama masa kini. 
Menggunakan Facebook tidak salah, tapi bagaimana ia digunakan itulah yang menjadi persoalannya. Di bawah ini di senaraikan halal dan haramnya Facebook.







6 Dosa Facebook
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook. 
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
2) Terlebih gambar 
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
3) Penyamaran 
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan. 
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat. 
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
6) Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
SUMBER : Zaharuddin.net dan WanWMA

Wordless Wednesday

Assalamualaikum,

Leonardo Dicaprio, he is my idol. you jump I jump. ohh myy.