Assalamualaikum,
cita-cita kita mesti berubah kan dari tahun ke tahun. hihi, aku nak kongsi sikit lah cita-cita aku dari kecil sampai besar. hihi :D
4 tahun, pertama kali belajar
bila cikgu tanya nak jadi apa, aku lah akan jadi orang kedua terakhir jawab. orang terakhir mesti Danial sebab dia tak faham soalan cikgu. hihi, aku akan cakap yang aku nak jadi manusia yang berguna kepada negara. hihi, betul lah kan apa aku jawab. cikgu yang salah tanya. haha.
6 tahun, penghabisan tadika
" tuliskan cita cita kamu di dalam kertas dan hantar pada cikgu. " lima minit masa yang di beri. aku akan fikir sampai lah saat saat akhir bila cikgu nak minta baru aku tulis. umur 6 tahun cita cita aku nak jadi bomba. sebab tadika aku dulu berdepan dengan bomba. bila habis sekolah je mesti nampak abang abang handsome keluar. hew hew ^^
darjah 1, permulaan pembelajaran
masa ni, aku matured sikit je lah. haa, bila kawan-kawan tanya " hang nak jadi apa bila besaq nanti ? " aku akan senyap dan terus jawab. aku nak jadi doktor, boleh selamatkan semua orang. kalau mak aku sakit boleh datang klinik aku then dapat ubat free. ahha.
darjah 3, masa ni start jadi pengawas
lebih matured berbanding tahun tahun sebelum ni. kalau nak wakil apa-apa ja, kena isi borang mesti ada suruh tulis cita-cita kan ? hihi, masa tu aku akan tulis business woman. hihi, sebab ayah aku kan business man. so, bila aku pergi office je mesti aku tengok abah buatkerja. bagi aku macam senang je. so nak jadi macam abah.
darjah 6, matured habis
cita-cita aku sekarang accountant. nak tahu apa alasan dia. hihi, sebab bila along beli diari mesti dia akan tulis cita-cita dia apa. cita-cita dia ialah accountant. hihi, so aku pun nak jadi accountant. tapi, untuk pengetahuan anda semua, sampai sekarang aku tak tahu pekerjaan accountant tu macam mana. sengal kan aku.
form 1, hidup di Lenggong
masa ni zaman dah cukup moden dah buat aku. cita cita aku sekarang ialah photographer. aku memang ingin meneruskan cita cita ni sampai akhir hayat sebab aku boleh tahan hebat juga lah bab bab ni. hihi. tapi, bila aku fikir balik, takkan lah budak MARA nak keluar dari mrsm jadi photographer kot ? maksud aku kat sini bukanlah jadi photographer tu tak payah ada pendidikan but tidakkah ada pekerjaan lain yang sesuai.
form 3, lulus PMR
setelah di kemaskini semua folder dalam otak aku ni, aku dah dapat cari satu pekerjaan yang mampu memberi aku kejayaan. hihi, apa aku merepek. kui kui kui. okay, aku dah tekad nak jadi CIKGU. bagi aku menjadi seorang guru merupakan sesuatu pekerjaan yang paling mulia. lagipun, kalau aku keluar dari mrsm aku boleh terus masuk maktab perguruan. then keluar tu boleh terus jadi cikgu. cikgu sekolah rendah pun jadi lah kan. asalkan aku dapat rezeki yang halal. hihi.
sekian sajalah cerita aku harini. untuk pengetahuan anda semua, aku memang seorang yang tidak mempunyai pendirian yang tetap. ahha, sokay, korang bukan kisah pun kan. apa ? korang kisah ? baiknya hati. okay lah terima kasih sayang sayang ku semua.
No comments:
Post a Comment