Thursday, December 15, 2011

tersilap

assalamualaikum, 


semalam aku sangat bahagia sebab pukul 7 pagi dah bangun. wahaha, lepas tu ibu suruhh aku pergi beli nasi lemak and kuih. ibu bagi RM 7.20 sebab nasi lemak satu 70 sen. so aku nak beli 6 akan jadi RM 4.20. lepas tu ibu pesan kuih RM 3. aku pun simpan duit dalam poket and bawa motor pergi lah kedai kat hujung taman ni. terus aku order.

" mak cik, nasi lemak 6 tau " 
" nak kuih juga ke ? nah plastik. kuih 4 seringgit "
" okay terima kasih "

aku pun punya lah syok masukkan kuih dalam plastik sampai tak ingat dunia. sebab kuih tu nampak sangat warna warni. so aku pun ambil je semua. then ,

" nah mak cik, kuih "
" ha, nasi lemak enam. kuih 4 ringgit. semua nya RM 8.20 "

okay, aku pun keluarkan duit dari dalam poket aku tu.

'weh, awat duit aku ada RM 7.20 je. tadi ibu suruh beli berapa kuih. mampuihh lah aku' 

then aku buat waklekwatpeaceje aku bagi duit tu kat makcik and cakap

" makcik, duit saya tak cukup seringgit lah. hmm, saya balik rumah ambil duit boleh tak ? " 
" haah, okay. " 

aku pun terus bawa motor balik rumah then minta kat ibu lagi seringgit. bila sampai kat kedai makcik tu.


" makcik, ni duit seringgit "
" laa, bagi esok pun tak pa eh."

then aku berfikir.


' kalau esok for sure aku akan bangun tengah hari. mampuih lah tak bagi duit kat makcik ni ' 

haha, lepas tu aku balik rumah makan, online sat lepas tu tidoq balik. muhuwahahaha.


*ohohoi, lawa tak signature aku. hew hew ^^ irfan fazail kot (: 



No comments: