Tuesday, December 13, 2011

masalah

assalamualaikum,


dua hari lepas aku ada masalah dengan seorang kawan baik aku. agak teruk sampai dia mengutuk aku dekat status facebook dia. hoho. popular kot aku. hihi. actually, dia tak ada tulis pun nama aku dalam status dia tu. but adalah seorang hamba ALLAH ni yang berani bagi tahu aku bahawa apa yang budak tu tulis dekat status dia ialah untuk aku. aku dah baca dah budak tu punya status tapi aku buat tak kisah je sebab haritu aku dah gaduh dah dengan dia then dia dah minta maaf bagai but kali ni dia tak puas hati apa aku pun tak tahu lah. lepas tu, ada lah beberapa kawan aku yang berhati mulia suruh aku minta maaf dengan budak tu. jadi, aku pun malas lah nak bermasam muka dengan dia sebab tak berapa hari lagi dah kami nak berjumpa. untuk apa ? untuk amik result PMR yang insyAllah terbaik tu lah. ahha. sengal aku !

lepas tu aku tanya dia dulu apa yang dia tak puas hati dengan aku. then dia cakap tak ada apa-apa. dia just emotional. fuuu. haha. ingat nak print screen tapi dia dah delete lah. then, dia pulak tanya aku apa aku tak puas hati dengan dia. aku naik angin lah sebab dia yang tulis status bagai nak rak berjela-jela siap kata aku buat taik dengan dia lah then dia kata aku yang tak puas hati dengan dia. puiiiii. 

tapi, semua tuh dah berakhir. aku dah baik dengan dia. sebab kami kawan baik okay. mana mampu nak gaduh lama-lama. macam aku dengan dhania. kan kan kan ? hee. 

sekarang aku nak tunjuk video matluthfi tentang masalah. apa yang kawan dia tak suka tu serupa lah juga dengan apa yang aku tak suka tentang budak tu. ahha. but sekali lagi aku bagitau. aku dengan dia dah tak gaduh okay. kawan, kalau kau baca entry ni. aku tak bermaksud nak gaduh lagi. cuma nak ceritakan saja. maaf.






sekian sahaja untuk hari ini. thanks kawan sebab nak kawan dengan aku balik.

*tulisan aku dah membesar sebab ada senior blogger aku cakap tulisan kecilorang malas baca.

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers