Thursday, December 29, 2011

2012, I swear I'll be great

Assalamualaikum,



seperti apa yang semua orang tahu. lagi beberapa hari sahaja nak masuk tahun 2012. azam aku banyak. mungkin tak perlu cerita. tetapi cuma satu yang aku ingin ceritakan. 

aku ingin menjadikan diri aku seorang muslimah yang sejati. setelah segala-galanya yang aku lalui pada tahun ini, aku menyedari bahawa tahun ini merupakan tahun yang sangat membawa aku ke lembah kehinaan. mungkin, melalui bahasa aku, korang telah faham betapa teruknya diri aku. Ya Allah, kini aku menyedari segala-galanya. terima kasih atas petunjukmu itu.

mungkin aku tidak akan melakukan perubahan yang mendadak melalui pemakaian aku. tetapi, aku begitu berazam untuk menyucikan hati aku. mungkin aku memerlukan bantuan rakan-rakan. aku harap mereka sanggup membantu aku.

kawan kawan yang baca, aku nak ambil kesempatan ni untuk minta maaf dengan korang. ye, aku mengaku aku dah banyak tipu korang, aku dah selalu sakitkan hati korang. aku minta maaf tau. dengar lah, aku minta maaf ni. aku serius tau tentang semua ni. kawan kawan yang baca ni, tolong janji dengan aku korang akan tegur aku, kalau aku buat benda jahat tau. janji lah. takkan korang nak biar aku masuk neraka sorang-sorang kot ? 

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers