Monday, February 11, 2013

Kita kena terima,

Assalamualaikum,

Well, people come and go. tak semua orang kekal dalam hidup kita. Kan weh kan ?

Tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Allah tu Maha Kuasa.



Kalau pun, kita dah berusaha sedaya upaya, dah sehabis habis usaha dah, tapi kalau Allah tak bagi. Kita still takkan dapat apa yang kita nak tu. Tapi, kita kena ingat. Allah tidak kejam. Apa yang kita usahakan tu, Allah tak pernah biarkan macam tu je. Allah akan balas balik penat lelah kita tu. Sama ada cepat atau lambat je. Hidup ni kena sabar. Kalau takde kesabaran, hidup mesti tunggang langgang. Ye lah, asyik nak marah je kan. 

Maaf lah, aku tak begitu hebat nak bercakap tentang ni. Apa yang aku cakap ni, sebenarnya berdasarkan apa yang aku sedang alami. 

Aku dah betul-betul penat menangis. Aku rasa macam apa yang aku buat selama ni, tak berbaloi langsung. Aku rasa macam selama ni, Allah tak pernah dengar pun doa aku. Hahahahah. Padahal aku salah, Allah dengar doa aku. Allah sebenarnya nak jauhkan aku dari benda benda yang terlarang. Aku percaya Allah dah atur semua yang terbaik untuk aku dan dia. Kaaaaaaaaaan ?

Remember that Allah knows all things, sees all things, and hears all things. So choose your words and actions carefully. Allah is never blind to your tears, never deaf to your prayers and never silent to your pain and He is never too far from you.




. . .



No comments: