Monday, September 05, 2011

goodbye

assalamualaikum,


sekarang sudah tiba masanya untuk aku pulang ke asrama aku. memang susah sangat nak terima semua ini. tapi, aku patut hadapi semua ni dengan tenang. aku tak tahu kenapa susah sangat untuk aku bila masa perlu balik asrama aku malas. tapi, ada juga masa yang bila aku dah bosan duduk rumah aku rasa nak balik asrama.


aku sendiri tidak faham dengan perangai aku. tadi, semasa sedang makan tengahari dengan ibu yang tersayang aku rasa macam nak menangis. aku rasa macam nak mengalirkan air mata. kenapa ? ini sebab aku rasa, ini merupakan kali terakhir aku akan makan tengahari dengan beliau. sedih sangat bila memikirkan ini.


sekarang, aku sedang menunggu kepulangan abah dari penang yang sedang bekerja. lama lagi katanya akan sampai. jadi, aku menggunakan masa ni untuk bersembang dengan keluarga. entah kenapa, kali aini aku berasa sangat sedih. mungkin aku patut tutup bicara ini kerana air mata sudah mengalir. maaf  :'(

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers