Monday, June 04, 2012

aku dan Nabil cuma kawan.

Assalamualaikum,

tadi, satu family tak ada kat rumah. semua pergi tahlil dekat rumah pak su dekat taman sebelah. aku pun dengan perasaan malas duduk rumah, pergi lah keluar. tiba-tiba teringat phone Nabil. dia suruh aku simpan. mengong budak ni. aku pun jalan kaki pergi kedai dia. pergi situ, minta air bandung bungkus satu kat Nabil. aku teruskan perjalanan ke 7Eleven. pergi beli bytes. aku tiba-tiba teringat, kat rumah tak ada orang, baik aku lepak kedai je kan. haha, pergi balik kat kedai. tengok air dah siap. aduh, macam mana ni.

" Nabil, kita nak minum kat sini lah air tuu. malas balik rumah. tak ada siapa."
" okay, kejap ehh, pergi lah duduk dulu. nanti kita hantar. "

aku pun senyap kat meja, tunggu dia bagi air. in the same time, kat sebelah meja aku, ada lah kawan-kawan Nabil bersembang. aku dah biasa tengok dorang kat situ. masa Nabil cuti, dia lepak situ je.

" nah air, kenapa datang tak bagitahu ? "
" hey encik Nabil, phone awak ada kat kita. macam mana kita nak bagitahu --' "
" ohh, hehe. terlupa lah. family semua pergi mana ? "
" kenduri kat taman sana tuu. kenduri dengan tahlil laa. awak, ni berapa semua ? "
" tak apa, kita belanja. haha, sekali sekala kaan. " 

tiba-tiba uncle Wan panggil Nabil, ada customer order air banyak.


" ehh, kita pergi buat kerja kejap tau. sebelum tuu, nak phone awak ? biar kita pegang. awak pegang lah phone kita. "
" haa, okay. nah phone. "
" ehh, security code ? "

aku pun bagi, then dia pergi buat kerja. aku tunggu dekat situ lagi. habiskan air. tiba-tiba, aku pandang ke sebelah kiri, kawan-kawan dia pandang aku pelik gila. lepas tu cakap-cakap pasal aku. tapi kenapa ? aku mula untuk check seluar, baju, mungkinlah, kotor ke apa ke kan ? aku watlekwatpeace je. tiba aku pandang sekali lagi, dorang buat macam tu jugak. bukan sekali, bukan dua kali, tapi empat kali. ohh, tak tahan aku macam ni. aku pandang Nabil, dia senyum je. tapi dia tak siap kerja lagi. 

' Ardilla, I guess, you should go back now. go now. '

aku berkata sendiri. hmm, aku terus pergi dari tempat tu. aku nampak Nabil pandang. dia panggil, tapi aku buat tak dengar. aku pun balik rumah. aku pandang je phone dia, hmm. okay. dia tengah kerja. aku faham.


3 HOURS LATER.


phone dia bunyi. masuk text rupanya. aku takut nak buka sebab takut itu text dari kawan dia. tapi, haha, buka je lah kan. tengok kat screen, oh. ini number aku lah.


" Although we're not under the same sky now, please don't forget that my heart is always together with you <3 . Nanti kita dah habis kerja ni, kita call okay ? Goodnight "


hoi, merepek ah. aku check banyak kali, itu number aku ke ? haha. ya, itu number aku. ya, dia tu kawan baik aku je dulu. naah, dia main-main lah tuu. esok aku jumpa dia, tengok apa dia nak cakap. haih Muhammad Nabil, suka buat macam ni kan ?


No comments: