harini cerita lagi oke, hha. sejak bila aku macam nie ? oke the story begin.
susah sangat untuk aku bergaul dengan keluarga walaupun ada dekat rumah . kenapa ? sebab teknologi moden yang terlampau banyak dalam rumah ni. aku mengaku aku lebih pentingkan blog aku daripada keluarga. tapi bukan dari segi kasih sayang lah. kalau kasih sayang sememangnya lah keluarga aku nombor satu di hati. tapi, aku tak pernah lekang dengan laptop aku ni. walaupun aku penat setakat mana pun aku sanggup tidur lambat sebab nak update blog aku. aku sanggup biar keluarga aku buat kerja yang susah tuh sambil aku duduk dalam bilik mengadap laptop online facebook, skype dengan orang, blogging lagi. aduh, apa nak jadi dengan aku ni ? even, kerja sekolah aku pun tak terurus. abah selalu tanya,
" angah, kerja sekolah macam mana, dah buat ke ?"
"alah abah, tunggu lah kejap lagi. lepas habis chatting ni angah buat tau."
lepas berapa jam aku chat dengan kawan, aku mesti tersedar yang masa dah lewat untuk aku buat kerja sekolah jadi aku akan tinggalkan kerja aku macam tu saja. terukkan aku ? aku rasa sampai bila-bila pun aku susah nak berjaya kalau aku kekalkan prestasi aku yang 'cemerlang' nie. kadang-kadang dengan aku berkata macam nie, aku akan cepat rasa insaf. tapi tunggu lah dalam tiga minit lagi, mesti aku buat balik kesalahan yang sama. teruk nya. geram betul rasanya. haish, rasa macam urgh~
No comments:
Post a Comment