Monday, August 29, 2011

selamat hari raya kawannnnnnnnn :)

assalamualaikum rakan-rakan, haa


tajuk aku memang belum sampai tarikh lagi tapi sebelum terlambat aku nak cakap selamat hari raya untuk semua kaum muslimin dan muslimat serta hadirin-hadirat yang dikasihi Allah . memang boleh ucap nie esok tapi lagi satu jam aku akan balik kampung yang tiada line streamyx langsung even kalau bawa broadband punn. hee, tak pa aku bersyukur ada kampung. tapi suasana kat sana memang buat aku lupa tentang segala blog, facebook bagai. aku memang tak sabar-sabar nak raya. sangat-sangat menunggu tarikh beraya tersebut. hee. tak sabar nak jumpa saudara-mara, tak sabar nak main mercun, tak sabar nak sembahyang raya, tak sabar nak makan kuih raya, tak sabar nak makan ketupat, tak sabar nak makan rendang, tak sabar nak ampun-maaf dengan ibu abah, tak sabar nak dapat duit raya, tak sabar nak tangkap gambar pakai baju raya, tak sabar nak ziarah kubur keluarga yang sudah meninggal, tak sabar nak pergi menjenguk kawan-kawan lama. 


dengan semua ketidaksabaran ni, aku boleh jadi gila. haa. kidding. memang tak sabar nak buat semua ni. tapi perayaan keluarga aku ni akan lebih bermakna kalau ada arwah nenek. tapi Allah S.W.T lebih sayangkan dia. aku rasa daripada aku melalut seorang diri nie, lebih baik kita sedekahkan Al-Fatihah untuk keluarga kita yang sudah pergi menyahut panggilan Ilahi.


BTW, selamat hari raya sekali lagi kawan-kawan, maafkan segala kesalahan aku sejak kali pertama kita kenal oke. aku harap kita dah kosong-kosong. byebye :)

No comments: