Saturday, February 04, 2012

I'll miss you guys.

Assalamualaikum,


aku letak gambar ni, sebab ni je satu-satunya gambar aku nangis. bukan sebab aku lebihkan mimah macam yang korang cakap tuu. tapi aku tetap sayang mimah :')




guys, macam korang tahu. aku akan tinggalkan MRSM Lenggong. aku akan mula belajar dekat MRSM Langkawi. wehh, aku sedih sangat. sangat sedih wehh. okay seriously, dah banyak memory aku dekat Lenggong.

sangat berat hati semua orang nak tinggalkan kawan masing-masing kan ? tipu lah kalau tak ada sorang pun yang menangis. segangster Taufik tu pun dia menangis, so memang semua orang akan menangis lah. aku ? huh, lagi lah tipu kalau aku tak nangis. haha.

sedih sangat bila nak tinggal orang yang kita sayang. sedih bila nak tinggalkan cikgu-cikgu yang dah banyak mengajar kita. sedih bila nak tinggalkan segala kenangan pahit dan manis kita. memang tak dapat dinafikan yang budak-budak Lenggong dah banyak mengajar aku in every aspect.

disitu lah aku mula belajar macam mana cara bergaul, disitu aku belajar cara hidup berdikari, aku belajar erti persahabatan yang sebenarnya. dan disitu lah aku bertemu sekumpulan pelajar yang diberi nama 9th Batch. mereka lah yang sentiasa menceriakan hari-hari aku di MRSM Lenggong selama ni.

tapi segalanya berakhir pada 02.02.12. bak kata Shameem, mungkin ini bukan pengakhirannya. tapi aku takut sangat segalanya berakhir saat ni. tapi, walau apa pun yang terjadi, segala memori yang pahit, manis, buruk, baik semua aku akan ingat. aku nak korang semua tahu, yang aku sangat-sangat sayang kan korang. 


No comments: