Tuesday, March 13, 2012

Rindukan Ika Azman.

Assalamualaikum,


Percaya atau tidak, aku sangatlah menyayangi dia. Dia lah yang selalu menanyakan khabar aku di Langkawi. Dia juga yang selalu tanya aku ada masalah atau tidak. Kalau aku dalam masalah, mesti dia tolong selesaikan Kalau tak boleh selesaikan, dia akan bagi nasihat dekat aku. Aku sayangkan dia. Rindu nak dengar suara dia. Rindu nak pergi bilik dia the jerit ' Nasssssssshhhhhhhhhh ' Rindu juga nak pergi rumah dia. hahah, tiba-tiba teringat aku dengan Soraya meratah habis udang masak merah masakan ibu Nash. Sangat sedaaaaap. Benar lah apa yang orang selalu kata, kita cuma akan menghargai seseorang apabila dia sudah tiada dengan kita. Aku sedih sebab aku dah tak dapat nak bergembira dengan dia lagi. Sebab dia lah kawan aku yang paling gila. Bachok jugaaa. Sumpah gila-gila.

No comments: