Sunday, January 08, 2012

tak perlu !

Assalamualaikum,

sebenarnya aku tak perlu nak menangis untuk kau, aku tak perlu nak menyesal dengan perbuatan aku, aku tak perlu minta bantuan orang untuk tenangkan aku, aku tak perlu buat segala-galanya. aku hanya perlu duduk diam dan merasakan yang diri aku ni terlalu bodoh sebab buat semua benda ni hanya untuk kau. walhal, kau sedang bersenang-lenang dengan kawan baik kau tu, kau tak sedih pun kehilangan aku, kau cuma sedih atas kehilangan orang lain. 

kawan, 10 tahun tau. 10 tahun kita berkawan rapat. aku sangat sedih bila kehilangan kau. ini memang sumpah aku cakap, aku dah hampir gila semalam fikirkan kau. aku fikir macam mana hidup aku tanpa kawan sejati macam kau. aku fikir macam mana kalau aku ada masalah nanti, siapa nak jadi tempat untuk aku mengadu. tapi aku silap. aku silap sangat. kau sekarang sedang berbahagia kan ? kan ? 

kau lebih sedih kehilangan dia dari aku. weh, kita kawan dah 10 tahun, kau kawan dengan dia baru 4 tahun tau. okay, mungkinlah aku tak pandai nak jaga hati kau, tak pandai nak bergaul segala. tapi aku tetap kawan kau. kenapa kau buang aku macam tu je ? aku sedih sangat. sedih sangat. mata aku dah bengkak dah ni. lastly kawan, aku cuma nak minta maaf untuk segala-galanya.  I love you for more and more.

No comments: