Tuesday, November 08, 2011

3 Ar-Razi

assalamualaikum,

sejak tahun 2009 lagi aku bersama mereka. kadang-kadang susah senang aku, mereka yang membantu. seronok bila dapat bersama mereka bila buat apa-apa aktiviti. aku nak tunjukkan muka-muka yang banyak buat salah menceriakan aku daripada tingkatan satu sampai tingkatan tiga.



kaiyum azmi. memang susah senang aku, muka dia saja yang akan tolong aku. bertuah siapa dapat jadi kawan dia. perangai baik sangat. memang tak boleh dinafikan. aku pun kadang-kadang sakit kepala duduk dengan orang baik. tak boleh nak buat jahat sikit. hee. by the way, kaiyum, kalau awak baca ni, kita seronok and kita nak minta maaf banyak² sebab selalu sakitkan hati awak, selalu tak setuju apa yang awak buat, selalu menyampah bila awak buat benda baik sangat and selalu sepahkan bilik. kita sayang awak sangat, do believe in me. love you a lot kaiyum. you'll be my best friend until the end of this world (:


allia asri, my daughter in my own world. selalu datang menangis kat aku, mengadu apa-apa yang  patut. tak lah selalu sangat. masa dekat kelas epsilon dulu paling banyak lah konflik-konflik awam tuh. dia baik, pandai. suka berkawan dengan dia. allia, mother tahu allia mesti baca punya. mother sorry kalau selalu sakitkan hati allia. mother sorry juga kalau tertipu allia ke, and halalkan semua yang allia pernah bagi kat mother tau. maybe mother termakan makanan allia ke. thanks sebab jadi 'anak' mother (:


fatin amirah. muka dia lah aku tengok dari form one sampai form three. hee, suka sangat kawan dengan dia. baik hati,  cantik, peramah. semua orang suka kawan dengan dia. kalau dah pandang kiri, kanan, depan, belakang nampak fatin saja mestilah banyak salah kan. serious banyak salah dengan fatin. lagi-lagi bila ada aktiviti homeroom. gaduh sana, tak puas hati sini. huh, kadang-kadang aku satu kepala dengan dia, kadang-kadang aku selalu pangkah dia kat belakang lah . 


dania sofiya. dia yang duduk atas meja tu. dia ni pun baik, peramah. senang bergaul dengan orang.  kadang-kadang hati aku tak senang bila bergaul dengan dia, kadang-kadang ada dengan dia lah paling syok. dia suka tolong aku. kalau aku susah memang dia akan ada dengan aku kalau dalam homeroom saja lah. bukan apa, aku tak satu 'geng' dengan dia. tapi kami tetap satu floor. suka sangat kawan dengan kau dania.


syahirah basri. asya pun sama. kiri, kanan, depan, belakang ada dia saja. daripada form one sampai form three. ingat lagi dulu, masa first masuk sekolah dia duduk sebelah aku dalam lab science. asya baik sangat tau. dia selalu bagi nasihat kat aku. bukan lah macam kaunselor tapi dia selalu bagi benda baik lah kat aku. dah lah cantik, suka sangat kawan dengan dia. thanks asya sebab jadi kawan aku. hha, suka kawan dengan kau. *dah berkali-kali cakap*


izzah syahira. dia ni boleh-boleh lah dengan aku. dengar kata. tapi,  dia ni manja sikit lah. senang nak baik dengan orang. suara lembut sangat. best lah kalau kawan dengan dia. comel pula. hha, kadang tak tahan juga dengan perangai dia tapi, sebagai kawan. aku terima saja apa adanya. asalkan aku ada kawan macam dia. 


natasha balqis. tak rapat sangat dengan aku kat luar. tapi kalau dalam ar-razi memang baik. selalu bantu homeroom. beli barang lah, ape lah. haritu, masa ada meniaga, dia lah yang tolong belikan semua barang-barang untuk jual. kesian juga dekat dia kalau nak minta tolong sebab ibu dia yang kena tolong beli. tapi terima kasih banyak tasha, kalau tak ada kau memang tak menjual lah kita malam itu.

nurul sahila. sangat baik. ikut cakap orang. tapi tak bermakna aku jadikan dia kuli. dia  sangat rajin kalau buat kerja dalam homeroom. kalau jadi setiausaha lagi rajin. tulis, tulis dan tulis. aku pun tak berapa ngam sangat dengan dia kat luar, kat dalam homeroom pun okay-okay saja.

aiman syauqi. yang sebelah kiri kanan itu syauqi. baik sangat. pemalu. baik dengan aku. aku selalu kacau dia. hee, sangat selalu kacau dia. apa-apa pun syauqi kalau kau baca ini. aku minta maaf tentang text haritu. memang aku yang kacau kau. saja nak kenakan kau. tapi, aku tak bermaksud pun nak bagi kau marah sampai macam itu. maaf. aku kan memang suka mengacau kau. okay, maaf dan aku suka kawan dengan kau.

ahmad hatim. budak paling ganas nakal, pemalu dengan perempuan dan budak yang paling suka kacau aku.  kalau satu  hari dalam rekod kepala otak aku tak ada tulis bahawa hatim tak mengacau ardilla memang tak sah lah kan hidup macam tu.  daripada form one sampai form three kacau aku saja. cuma bila dah balik ni dah tak ada orang nak kacau aku lagi. sedih pun ada. tapi, dia ini suka kacau orang tapi sangat pemalu. sumpah kata, sangat pemalu. hee, by the way suka kawan dengan budak tadika macam kau.



aiman adnan. budak pandai. tapi, memang selalu buat benda menyampah. selalu buat benda yang sumpah out of the box.  ikut time lah budak ni, kadang-kadang kepala otak boleh pakai kadang-kadang macam nak gila aku melayan dia ini. huh. aiman memang baik. ikut cakap, nak kata bendul tak tapi bendul dia macam tahap tak kuat lagi lah. *jahatnya aku* sorry aiman. hee, sekali-sekala kan.



ainol muzaffar. adik aku. hha, perangai memang gila-gila. caring juga lah pasal aku. dia bukan adik angkat aku pun. tapi, ada satu hari tu tiba-tiba ja panggil aku kakak. hee, aku okay saja. start dari itu lah dia baik dengan aku. kalau dalam homeroom pun banyak bagi idea. tapi kadang-kadang pelik juga idea nya. asalkan jadi adik yang baik. kan ainol ? 



uzairlail hasmillail. gambar dia di sebelah kanan gambar. pandai. suka bantu aku kalau dah buntu sangat. tapi, uzair pun selalu buat tak tahu saja kalau ada kerja kena buat. memang sakit hati. tapi, kalau aku dengan kawan yang lain dah pening sangat fikir baru lah dia ni membantu. hee. 




hafizzul azan. budak homeroom aku dan mentee aku. beban juga lah  jadi mentor dia. tapi, aku bukan banyak mengajar dia pun. kan pjoul ? banyak bagi nasihat saja. suruh dia study lebih, suruh dia target tinggi. banyak lagi lah. hha, kalau dalam homeroom dia ni macam senyap sikit lah. tapi banyak membantu. hee, seronok kawan dengan kau.

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers