Saturday, November 12, 2011

roommates

assalamualaikum rakan,

ini kami. penghuni bilik 226P. dari kiri fatin nur atiqah, nurul ardilla, kaiyum dan wan rawanis. untuk siapa yang masih belum tahu, kami dah menjadi KAWAN BAIK dah hampir tiga tahun. daripada mula masuk sekolah memang dah takdir tuhan untuk mempertemukan kami berempat. kami pun sama kelas daripada form one sampai pertengahan form two. bila dah masuk form two semester dua, kami dah mula berpisah kelas. sedih sangat. masih ingat lagi, aku sedih bila dapat tahu yang kaiyum kena masuk kelas beta, wanis kelas gamma dan bersyukur tqah masih kelas yang sama dengan aku. bila kaiyum dan wanis nak kemas locker untuk pindah aku duduk belakang pintu kelas epsilon, menangis. wanis datang pujuk. berhenti sekejap, minta maaf, aku sangat tak suka orang datang pujuk. sangat benci. kalau tak percaya tanya wanis. sambung balik. then, aku buat macam nak stop menangis. tapi, tak boleh tahan sangat. aku pun pergi masuk kelas baru aku, delta. ustaz nama kan kelas tu sebagai kelas elit. damn, masuk kelas tu semua orang pandai-pandai. aku rasa macam aku sangat terpencil dalam tu. then, bila dah masing-masing ada kawan dalam kelas masing-masing mulalah kami bergaduh kecil.

"mana boleh, wanis kawan dia ramai. aku dengan tqah dan bachok saja." dilla.

"haah, kita dengan adzi saja" kaiyum.

"wanis kawan sampai lima-enam orang. seronok pula tu." tqah

"mana ada, tapi kita tetap kawan kan ?" wanis.

semua orang ada kata-kata masing-masing. sebenarnya perbincangan ni timbul sebab nak duduk makan tengahari dekat dewan selera saja. *kalau tak silap lah* meja dekat dewan selera kan (yang ni ds dulu punya ) ada enam tempat duduk saja. so, kami semua dengan kawan baru lagi ada sepuluh lebih orang. sebab tu lah kami bertekak. tak puas hati wanis ada kawan banyak sangat. kami yang lain semua ada dua orang saja yang paling banyak dia sampai lima lebih. then, 

"senang, wanis kau pergi lah dengan kawan-kawan kau tu, kami makan dengan siapa yang ada saja." dilla, #kononmerajuk

"mana boleh macam ni" wanis.

disebabkan dah meluat sangat kami semua berpecah. duduk ikut suka hati. kira macam tak mau kawan lah. hha, sangat lawak.
tapi bila dah masuk form three, Allah pertemukan kami dalam satu bilik yang sama. bersyukur sangat. seriously, dalam seminggu dua minggu juga lah aku macam tak boleh nak fikir betul-betul sebab terlalu seronok kami dapat kawan rapat sangat sebab dulu maybe rapat sebab dalam kelas saja, sekarang dah dapat satu bilik. Alhamdulillah (:
tapi lepas habis graduasi, kami dah tak jumpa. 

rindu nak main-main dalam bilik yang dah digabungkan katil menjadi katil kembar empat macam gambar ni.

rindu nak makan nutella kaiyum, roti wanis dengan mentega aku. tqah ? tqah makan saja.

kaiyum mesti ingat. ni kita lukis masa Imam Muda Asyraf tengah bagi ceramah. bukan bosan cuma sedih tak dapat tengok dia betul-betul. asyik-asyik kena block dengan orang depan.

tapi, kadang-kadang kalau aku dalam bilik. aku ada juga rasa macam ni.

kaiyum | wanis | tqah | dilla

tqah | wanis | kaiyum | dilla

wanis | tqah | kaiyum | dilla
i'm totally missing you guys.


maaf buat sesiapa yang dah bosan baca blog aku. maybe dia ingat aku dah banyak kali tulis pasal member sekolah aku saja kan. minta maaf sangat lah. nanti kalau rajin, aku buat entry pasal benda lain pula. sorry (:

No comments: